Scam Alert: Produk Pelansingan

Scam Alert: Produk Pelansingan


Scam Alert: Produk Pelansingan


⛔Scam alert :


😱 Bengkung langsing, kesan langsing hanya akibat kulit dan lemak yang dimampatkan, pemakaian menyebabkan pengaliran darah ke organ dalaman terjejas


😱Sabun kurus, sabun tidak dapat mengurangkan berat badan


😱Krim kurus, krim hanya menyebabkan tisu lemak dihidratkan, metabolisma tidak akan meningkat


Sumber: 😃 Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan


Satu lagi, lemon tidak membantu mencairkan lemak.


Ada juga yang claim lemon boleh cairkan lemak, betul tak?


Tapi hari tu Admin ternampak satu video di FB, doktor pakar bedah perut ada tunjukkan eksperimen dia berkaitan lemon sama ada boleh cairkan lemak atau tidak, dan ternyata di hujung eksperimen dia, selepas lemon direndam bersama lemak manusia selama lebih dari 6 jam, tidak berlaku sebarang perubahan pada lemak tersebut.


Lemak tu langsung tak cair pun!


Jadi, Admin nasihatkan semua, jangan mudah percaya pada produk pelangsingan. 


Nak pakai bengkung, silalah pakai. Admin pun pernah guna, yes memang perut slim melim pasal tak lalu nak makan bila guna bengkung. Bahagian perut 'diketatkan', macam mana nak makan banyak kan.


Sabun kurus dan krim kurus tu, Admin tak pernah guna. Jadi memang tak dapatlah nak bagi pendapat peribadi.


sharing is caring.

Tiada ulasan