Fakta Menarik Tentang Tahi Telinga

 👂🏼Mengapa anda berasa sedap apabila mengorek telinga ?


Fakta Menarik Tentang Tahi Telinga


☝🏼 Doktor mencegah dari mengorek telinga dengan objek asing 


⛑️ Kerana akan mengakibatkan lapisan lilin di lubang telinga menjadi mampat dan menyumbat telinga


⛑️ Boleh menyebabkan risiko kecederaan gegendang telinga pecah dan jangkitan


🤔 Tetapi mengapa ramai yang suka mengorek telinga dan berasa sedap dengan tindakan tersebut ?


☑️ Rongga telinga memiliki sistem saraf yang sensitif dan kompleks. Rangsangan atau sentuhan kepada saraf ini memberi sensasi yang sedap dan seronok


☑️ Kawasan yang jarang disentuh, oleh itu ia amat sensitif


☑️ Beranggapan lubang telinga perlu sentiasa dibersihkan


☑️ Atau mungkin namanya "tahi telinga", oleh itu anda merasakan ia perlu di cuci


🛍️ Fakta "tahi telinga":


⚕️ lapisan lilin yang sangat penting dalam melindungi struktur dalaman telinga anda


⚕️ Mengandungi kandungan antibakteria yang mencegah jangkitan


⚕️ Memerangkap habuk, serangga dan air dari masuk


☝🏼 Sekiranya anda ingin bersihkan rongga telinga. Cukup dengan membersihkan kawasan luar telinga dengan tisu di hujung jari


Sumber: 😃 https://t.me/drsamhan


Tiada ulasan