4 Jenis Learning Style Anak Yang Mama Papa Perlu Ambil Tahu

Mak Ayah Wajib Tahu 4 Jenis “Learning Style” Anak Anak. Jom baca agar kita semua faham dengan anak-anak kita, cara bagaimana harus kita didik mereka agar berkesan dan menjadikan anak-anak happy sangat.

jenis learning style anak



Learning Style Anak Anak : AUDITORI

Anak auditori ni sangat peka pada audio dan bunyi. Telinga mereka sangat sensetif. Tengah fokus belajar pun boleh terganggu bila terdengar suara adik beradik.

Nak kenal anak jenis auditori lihat pada keupayaan dia.

- Lebih minat lagu berbanding gambar

- Boleh hafal lagu dan surah

- Senang ingat bila ada irama dan rentak

- Cepat bosan bila suruh menulis dan membaca

- Tapi bila dengar kita bercerita, dia la yang paling fokus

Anak auditory ini kena belajar setiap hari secara ulang ulang. Kerana mereka susah nak ingat kalau tak di ulang. Repetition adalah rahsia untuk mereka jadi hebat.

Amaran :

Elakkan “Trash Talk” depan anak auditori sebab sekali dia dengar dia akan ingat sampai bila-bila.

Learning Style Anak Anak : VISUAL


Sedihnya, anak visual ni selalu di panggil degil. Sebabnya mereka susah nak makan nasihat dan di tegur. Panggil ratus kali baru sekali dia menyahut.

Yang sebenarnya bukan mereka tak nak dengar tapi mereka tak “Mampu” nak mendengar. Ini kerana otak mereka di program untuk menerima data dari penglihatan sahaja, data dari pendengaran banyak di tapis.

Nak kenal anak visual tengok pada keupayaan seperti :

- Dia suka tengok gambar dan video

- Mudah ingat muka orang walau sekali jumpa

- Suka membaca buku jika dah pandai baca

- Leka bila tengok tv, panggil pun tak dengar

- Kuat berangan dan berimaginasi

Dengan anak visual ni nasihat, pujuk rayu semua tak berkesan. Yang berkesan cuma satu iaitu Role Model. Mereka banyak belajar dengan adanya Role Model yang mereka boleh ikut dan contohi.

Nota :

Anak visual ni toksah la nak membebel pada dia, satu apa pun dia tak faham. Anak lebih suka kalau kita demo mana baik dan mana buruk, gitu cepat dia belajar.

Learning Style Anak Anak : KINESTATIC

Anak kinestatic adalah anak yang paling aktif dan paling lasak sekali. Dia susah nak rasa takut. Dia rasa satu dunia ni Playground dia.

Mana tak nya dia rasa dunia ni playground, sebab tubuh dia “Learning Tool” utama dia. Dia banyak belajar dengan rasa sendiri sensasi dari pergerakan tubuh. Sakit, jatuh, luka, benjol tu semua mainan dia.

Lihat pada tingkahlaku dia dah boleh kenal.

- Susah nak duduk diam

- ada sahaja akal dia nak cuba sesuatu yang baru

- Tak mudah takut walau dah banyak kali jatuh

- Bila dapat main dia happy

- Bila suruh duduk diam dia murung

Anak kinestatic ni tak boleh selalu kata “tidak”. Mereka berkembang dengan Explore & Learn. Biarkan je dia nak cuba apa pun, tapi dengan pantauan mak ayah.

Nota :

Anak kinestatik ini tak boleh duduk setempat, ini kerana bila dia duduk tak buat apa-apa, otak akan bagi signal stress. Itu yang punca anak meragam dan tantrum.

Learning Style Anak Anak : TACTILE

Ini pula anak yang suka pada sentuhan tangan. Anak jenis yang suka “hand-on” aktiviti seperti menulis, melukis, gerakan dan building toys.

Anak tactile ni macam jurutera kecil kerana mereka suka membina gunakan tangan mereka seperti susun puzzle, bina lego, pasang mainan dan bina rumah mainan.

Daripada cara anak bermain kita boleh kenal :

- Minat mainan puzzle

- Leka kalau main lego

- Suka kereta yang boleh bergerak

- Dapat pensil, habis semua tempat di conteng

- Pergi mana-mana, tangan mesti pegang sesuatu

Anak tactile ni sebenarnya ada bakat semulajadi untuk jadi orang bijak dan hebat. Ini kerana mereka suka pada membaca dan menulis. Mudah nak belajar esok hari.

Nota :

Cuma masa anak kecil tu kena banyak sabar la sebab tangan mereka akan cepat menconteng, menjatuhkan barang dan merosakkan apa sahaja di depan mata.

Kenali potensi sebenar anak sebelum menilai okey!

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Parenting Influencer



Tiada ulasan